ini serius! *nada watak mingming dalam wonderpets*
salam alayk~
ok. mungkinla kan, aku tak kelihatan seperti orang-orang yang suke ambil tahu tentang perkara-perkara serius yang berlaku seperti soal2 politik dan bla3.. ye, mmg pon! haha! tapi entahla, aku taknak ambil tahu tapi dah name pon bace surat khabar, itulah yang ada pon. jadi, setiap kali aku terbaca tentang perkara-perkara tersebut, otak aku bergerak ligat. asyik berfikir. “apehal la diorang nih mcm tuuuuutttttttt?!” hesh. aku pon tak tahu mengapa. tapi hati aku memang tak puas hati. rase nak memberontak. aku rasa tak puas hati. sebab aku ada pendapat aku sendiri. dan aku tahu orang lain pon ada pendapat masing-masing. so aku respek bende tuh. sebab itulah aku diam je. tapi aku nak jugak luahkan sikit ape yang aku fikir dan rasa.
pada pendapat aku, masalah manusia di rantau asia tenggara termasuklah negara kita Malaysia (dan Indonesia) adalah terlalu FANATIK terhadap parti politik yang mereka sokong tak kesahla pro atau anti kerajaan. suka memberikan sokongan secara membabi buta dan membuta tuli. (yes, ade jugak peluang untuk mencarut!). okayh, sokongan anda mungkin sudah di justifikasi akan tetapi terlalu ekstrim. sehinggakan tak nampak dan tak mahu terima teguran atau kelemahan masing-masing. semua korang jelah yang betullllllllllll!!!!!!!!!!!!! helloooooooooo!!!! tak adalah manusia biase yang sempurna kat dunia ni. mari lihat beberapa contoh.
1. kisah pengeboman di indonesia. mungkin agak lambat la kot kalu nak sebut tentang isu ini, tapi aku nak jugak cakap. erm, dikatakan pengeboman itu, dilakukan oleh pejuang Islam untuk menghapuskan orang kafir yang sering berbuat jahat pada orang Islam di kawasan lain di dunia ini. fine. kire pengebom berani mati tu berjihadlah kan sanggup meletupkan diri demi agama. ade beberape persoalan timbul di benak fikiran aku yang tak berape bagus sgt nih. pertama, meletupkan diri itu tak kire mcm bunuh diri ke? bukan ke Allah benci orang yang bunuh diri? ok. kalaulah mereka kata mereka buat untuk memperjuangkan Islam, tak ada cara lain ke? Islam kata, “niat tidak menghalalkan cara”. dahla menyebabkan huru-hara. mengancam keselamatan. merosakkan harta benda. bunuh orang yang tidak bersalah. bukan diorang pon yang g seksa orang2 kat palestin tuh. aku pernah jugak terbaca, kita tak boleh memerangi orang yang tidak memerangi kita. come on la, korang bunuh pon ceo kilang2, business2 kat indon yang sedikit sebanyak telah menyumbang dalam memajukan ekonomi negara korang kot. tapi mungkinlah mereka telah mengeksploitasi buruh2 dan sumber alam korang tapi still…. hesh. tak paham sungguh la aku. sumpah hati aku sakit.
2.kes demonstrasi pasal ISA baru-baru nih. perghhhhhhhhhhhhhhh! ni mmg sumpah aku bengang gile tahap dewa naga. menyusahkan orang betul la!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sesak2, jalan jam! ya Allah ape nak jadi korang neh. aku tak paham. aku blaja kat kmb, kawan-kawan aku ajar. kita kalau nak ubah sistem, kene ubah individu dulu kan?lepas tu akan berkembang kepada keluarga, masyarakat dan seterusnyelahkan. tak silap aku ini ade dalam IPK. (ini peranan kita). diorang tahu tak bende ni agak2nyer? hesh. tibe2 terus nak suruh kerajaan ubah sistem. aduyai. tahla. masalahnye. tak jadi ape2 pon. kene tangkap berlambak adelah. padan muke. sori lah siape2 yang kawan2 atau saudara-mara yang kena tangkap. tapi aku rasa. pihak polis ade sebab untuk tangkap. pertama, mungkin sekadar nak melemahkan orang yang berkumpul apabila ketua korang dah ditangkap. kedua, mungkin untuk menakut-nakutkan korang apabila dah ada orang kene tangkap. siape nak masuk lokap beb? ketiga, korang telah mengancam keselamatan dan keamanan orang awam. kan kedai sume terpaksa tutup, sampai harta bende awam banyak yang rosak (rugi weyh) , korang bising2 jerit. aku kalo ade kat situ, mau aku dah nanges dah weyh. sumpah aku takut. mcm ape je. tapi aku rase, ade je pakcik-pakcik polis yang melampau2 over2 pukul2 orang tuh. tapi die buat keje die la. sape suruh dtg wat kecoh. die pon kene la wat kecoh gak. sume salah la senang cerite. satu lagi hal. aku tgk, dalam footage2 kat tv, yang memberontak tu, mostly orang melayu. kalau yang perempuan tu, yang bertudung labuh, berpurdah berlitup sakan. erm. aku bukan lah nak kata apa, tapi akak2 oi, kita orang perempuan lah. duk terjerit2. len la cite kalu kat palestin. or negara yang dijajah orang kafir lain. aku pon akan pergi demo jugak kalo mcm tu. ini Malaysia kot. pasal ISA. bukannya nak kata kite lembik ke hape tak boleh nak pergi berjuang, tapi… erm korang paham2 lah endiri.ya Allah. korang tahu tak, ni sorang kawan aku yang ckp, ” ko tgkla orang melayu duk menjerit sane sini, orang cina duk pulun kerja siang malam. sbb itulah orang cina kaya. tah2 diorang tgh gelakkan kita semua rang melayu duk bangang sgt.” betul jugak. aku melayu jugak. aku sedar. sebab itulah pada pendapat aku perhimpunan itu adalah sia-sia. aku sedih atas hakikat ini. kalo betul la kan, nak ubah sistem, kene buat betul2 la. pikir betul2. rancang betul2. bukan secara membabi buta. (sekali lagi!)
mungkin ade yang tak puas hati dengan apa yang aku tulis. diingatkan sekali lagi ini pendapat aku. aku sekadar hanya mahu berkongsi. atas dua kejadian di atas, persamaannya adalah, telah berlaku kerosakkan di muka bumi ini. justeru. terimalah ini.
77. “Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan. (al-Qasas 28:77)
maka pembaca, fikir-fikirkanlah. hati aku masih lagi sedih dan kecewa apabila memikirkan apa yang berlaku. tapi hati aku lega sedikitlah apabila dah luahkan kat sini.
p/s: aku dah pass la test jpj. dah ada lesen P dah. Alhamdulillah. =)

hooooo…
Posted August 4, 2009, 1:45 amserius ny wawa..
tenang2 sket ek…
hmmm…salam…
kalau hendak ditangkap pun, pastikanlah yang ditangkap itu benar-benar yang membuat kecoh dan kekacauan…
inikan tidak, yang hendak solat ditangkap…
yang muka-muka yang kalau tengok nak buat ganas pun tak jadi ditangkap…
rujuk di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=WYY4-q0ULzA
di manakah keadilan di situ?
well, for once i have to say that ISA should be reviewed, and not abolished…sebab malaysia ialah sebuah negara multiracial…namun jika negara Islam sepenuhnya, maka it should make way for undang-undang Islam…
if we abolish it, then malaysia will definitely be under threat daripada mana2 orang yang bergelar perosak keamanan, sebab mereka tidak boleh ditangkap…
so, it should still be there, but it should not be misused…
if it is misused, then the authority should be held responsible…
cuma, janganlah ditangkap mereka yang tidak bersalah…yakni mereka yang hanya memakai t-shirt yang tidak berbuat kecoh langsung…mereka hendakkan suara mereka didengari…
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) APABILA MENETAPKAN HUKUM DI ANTARA MANUSIA SUPAYA KAMU MENETAPKAN DENGAN ADIL. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.”
[Quran 4:58]
“Wahai orang-orang yang beriman, JADILAH KAMU ORANG YANG BENAR-BENAR PENEGAK KEADILAN, MENJADI SAKSI KARENA ALLAH BIARPUN TERHADAP DIRIMU SENDIRI ATAU IBU BAPA DAN KAUM KERABATMU. jika ia[361] Kaya ataupun miskin, Maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu Karena ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, Maka Sesungguhnya Allah adalah Maha mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.”
[Quran 4:135]
[seperti blog post pule]
Posted August 4, 2009, 2:21 amand…tahniah kerana mendapat lesen….
Posted August 4, 2009, 2:23 am=)
ye cem. aku setuju gak pendapat ko. should be reviewed la.. bukan abolish..
aku raselakan, sbb ape orang2 yang tak buat kecoh pon kene tangkap, sebab polis nak takutt2kan org lain la. so that people stop the havoc. bile beberape dah kene tangkap, nnt yang lain takutla kot nak masuk lokap jugak. tapi lagi marah adelakan. tapi kan aku kate, polis pon same je la gelabah jugak nak pukul2 orang tak tentu pasal. yang pakai tshirt tu mmgla lek2 tapi kene tangkap sbb senang detectla. meaning, polis ade reason la nak tgkp diorg.. sbb ade bukti terlibat. lagipon, orang2 yang tak buat kecohla yang senang ditangkap. (aku rase polis lak mcm lembik tak berani tgkp yang ganas2 tu.. huhu) takpe2.. skarang yang 400 lebih tu mostly dah dibebaskan. tggl 29 jer.
memanglah nak tegakkan keadilan.. tapi tak ada cara lain ke selain demonstrasi? kalau nak hantar petisyen, pergi secara sendiri2 tak leh ke? hantar jela kat agong.. huhu.. aku pon tak taulah boleh ke buat mcm tu..
tahla. aku rase helpless weyh.. mmglah Islam itu cara hidup yang terbaik.. akan tetapi, rome was not build in a day. so itulah.. ko lah cem, ajak geng2 ko plan betol2 untuk masa depan kite semua agar lebih cerah bersinar-sinar..
n oh ye, thanks! vroom2~ =D
Posted August 4, 2009, 2:39 amchem,haha
mcm blogging pulak die :))
wawa : siyes dow blog ko kali ni
Posted August 4, 2009, 8:54 ambagos2
bes gak luahan prasaan ko
smlm aku nampak sttus ym ko nk blogging bnda siyes
aku bajet pasal toooot yg merajuk tu
hahahah
anish, pasal toooot yang merajuk tu bende serius ke? takponnnnnnnnnnn!!!! hahahaha
dah ar aku malas dah nak amek pot.. aku dah tak pk sgt pasal ye dah! yes!
sbb skarang aku ade hobi baru.. g jogging kat klcc park.. belambak mamat2 hot jogging ctu.. wahahahahah~
pastu yang bestnyer sbb ade aerobic kat ctu.. sape2 nak pon leh join.. huhu
Posted August 6, 2009, 3:21 pmpersonally… aku x rasa ISA ni salah pun… coz yg salah tu adalah org2 atasan dia yg menyalahgunakan ISA utk politik…. bkn ISA itu sendiri…. ISA macam diperlukan jer utk kslmtn negara yg sbnr….
Dan kalo nk tau….. mmglah ramai yg bertudung labuh dan berpurdah…. coz yg menggerakkan gerakan anti-ISA nih ikhwah huhu…. (dan yg smgt termasuk ada antara bdk KMB)
apa2pun….
aku sgt menyampah dgn politik malaysia
terutamanya parti 3 in 1 yg gila kuasa tu
sekian
Posted August 6, 2009, 8:27 pmah yer dgn…..
sila jgn percayakan media sepenuhnya
coz media side krjaan dan anti pembangkang
banyak info diputarbelit
kalo rajin pg blog ammar pasal ISA ni dan demonstrasi ni
tp…. personally…. aku x tau gak pihak mana betul, juz nk kata jgn percaya sgt media kalo pasal politik ni…. annoying
Posted August 6, 2009, 8:37 pm