i wish



random

sumpah, post untuk kali ini memang random. meaning, aku campur je ape aku nak tulis. die ade banyak cerita. alah, pengarah zaman sekarangkan suka gabungkan beberapa kisah dalam filem mereka. samalah macam aku.

1. interview dengan CUCMS. tak ada apa sangat. penat je nervous. semua yang hadir pun diterima. tetapi, selepas itu aku berjumpa puan Ayuslina, dia kata tolaklah kalau tak mahu, sbb beliau boleh tolong untuk India. aku ikut jelah apa yang beliau suruh. oh Allah, moga segalanya yang engkau rancangkan untukku berjalan lancar dan diterima dengan baik olehku.. =)

2. masalah hati dan perasaan. bile nak berakhir? tak tahulah aku. dah “curang” pon masih lagi tak berakhir. bertambah lagi adelah! hati ini rasa macam nak meletup je tau! siape perlu dipersalahkan nih? diri sendirikah sebab tak tahu menjaga hati dan perasaan sendiri? “mereka”kah kerana telah mencuri hatiku? tapi bukankah hati-hati manusia ini dipegang oleh Allah? oh Allah, tolonglah aku memelihara hati ini. aku tak paham kenapa aku tak boleh dapatkan yang “terbaik” aku rasakan untuk diriku, sebaliknya kau duga aku dengan yang lain yang padaku, memang aku tak boleh terima lansung kerana kami memang tak sekufu? ya Allah, kau sahaja yang tahu jawapannya. Kau memang maha berkuasa! tak sabar aku nak mengetahui “kejutan” yang akan datang. sesungguhnya Kau maha mengetahui.. =) right now, i’m singing ” everybody, put up your hand, say i dont want to be in love, i dont want to be in love!”

3. test jpj. fail pulak kat parking. bukit dah cun dah. parking pulak boleh fail. langgar garisan putih kat belakang. tayar melurut ke belakang masa aku tukar gear nak begerak ke hadapan. sikit je! takpe! next tym aku drift je ar masuk parking tuh. abes cite! *berangan* tapi tak mengapalah. jalan raya lulus. 18/20. pakcik jpj siap cerita pasal faizal tahir dan mawi lagi dalam kereta. bergosip, patutlah pass. enjoy je dengar2 gosip nih. pakcik ni test jpj mawi tau! haaaa~  khamis minggu depan la kot repeat test. on 30th. ade Kulsem’s day out. haishhhhh!!!! takpelah. aku buat bersungguh2 lah minggu depan. then aku rush back kalau sempat join. tapi kat klcc tu~ tempat aku melaghakan diri.. ironi! haish~

4. aku sangat2 mahu mkn2, jalan2,wyg2, karok2, bowling2, “clubbing2″ dan sebagainya bersama teman-teman wanita aku!!!!!!!! rindu korg laaaaahhhhhhh! (rase mcm playboy la pulak! –>> lesbo!) jogging sorang2 tak berape seronoklah walaupun berjaya me-maintain-kan berat badan saya yang memang sedia-sedia slim neh =p. nak wat something together. just by seing your faces would definitely kiss away some of my “kerinduan”.

5. berkenalan dan mengenali hidup seseorang yang berbeza dunianya denganku membuatkan aku berfikir. aku hidup dah 19 tahun. selama itu, aku boleh dikatakan sebagai seseorang yang sentiasa diberikan “high expectation” dan seringkali mencapainya.. cuma results IB baru- baru ini seolah-olah suatu “wake-up call” untuk aku. hidup kawan aku itu, aku lihat, relax je. tak payah risau2 nak exceeeeeeeelllllll xm sume. hidup die takade istilah “pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara” sume2 tuh. cara die berfikir pon lain dari aku. lebih terbuka dan fleksibel. aku tak tahu mcm mana nak explain, tapi kalo korang kenal die, korang akan rasa hidup die cambest jek walaupun nak bandingkan korang ngan die korang lagi jauhhhhhhhhhhhhlaaaaaaaaaaa berjaya. ini membuatkan aku rasa betapa picisannye pemikiran aku yang agak sempit. asyik pk nak degree doktor tu je laaaaaaaaaa. aku kene plan bende2 lain jugak dalam hidup aku. patheticnye aku rasa.

tu je la kot..

aku lapar. aku ngantuk. jadual pemakanan dan tidur aku tunggang terbaliklah sekarang.

sehingga aku update lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Comments

  1.    1 fara says:

    nice ar! kate nak kuar?

    Posted July 23, 2009, 6:25 pm
  2.    2 w@w@ says:

    harini ku balik lmbt lah weyh.. penat dah..
    ko roger je ar.. aku anytime free kot.. tak tau la ko kalo nnak prepare untuk india punye intvw pulak..

    Posted July 23, 2009, 6:34 pm
  3.    3 jejaka says:

    aisey.. x lepas ek..
    next wik bt lok2 hahaha
    baru bole drift2!!

    Posted July 23, 2009, 9:09 pm
  4.    4 iman says:

    weyh
    aku dah harini boleh katakan officially 2 bulan tak joggin..

    sedih tak sedih tak.. ):

    takde dah lari2 sorang2 dengar lagu koyak..or part time pusing kat padang tu lap air mata..hahah..

    anyways, takpe jpj tu, next week buat betul2 and then gi coolsem.. heheh..

    c u soon! (:

    Posted July 23, 2009, 9:14 pm
  5.    5 w@w@ says:

    @ jejaka: yela nak drift la neh
    @iman: lap air mata? aku lap peluh je.. =P yep c u soon~

    Posted July 23, 2009, 9:55 pm
  6.    6 aisyah ismail says:

    wawa.. aku x suke menipu… tp aku x lah kate aku x pernah menipu.. heh cuma kali ni aku mmg x tipu.. ngeh2.. dlm byk budak2 kat kmb tuh.. antara budak yg paling aku kagumi adalah ko.. x baek lak aku puji ko dpan sume org.. pe bende yg aku kagumi tuh rahsia lah hehe neway i know u’ll have a great future insyaAllah..n wherever u go n whatever situation u r in.. never feel alone.. Allah knows Allah knows =)

    thanks for every single thing n take care my dear wawa.. hope to c u soon!~

    (^_^)”

    Posted July 23, 2009, 11:25 pm
  7.    7 Majin says:

    =)

    Posted July 24, 2009, 2:37 am
  8.    8 w@w@ says:

    @ aisyah: aku pon sgt2 mengagumi ko.. aku rase semua org pon mungkin tahu kenape aku kagum ngan ko.. =) thanks to u too my dear, and plis take care too.. miss you.. (n_n)

    @majin.. =D

    Posted July 25, 2009, 1:24 pm
  9.    9 ayuyu says:

    aku kagum dengan wawa and aisyah ismail sekali.i think everybody knows why.;)
    tak pe tak yah cakap nak kagum aku sbb mmg xde pape pon aku sedar.;p
    neway aku dah pas test jpj boleh drift dah.:D

    Posted July 26, 2009, 11:07 pm
  10.    10 erk... says:

    aku plak kagum ngan ayuyu
    sbb dia ayu kuasa dua
    wahaha!

    Posted August 3, 2009, 11:53 pm

Leave a Comment

(required)

(required)



Formatting your comment
Back to Top | Textarea: Larger | Smaller