i wish


« BTN | Home | TEEN »

BTN and stitches

assalamualaikum..

priviet! (bermaksud “hi” dalam bahasa russia diajarkan oleh budak sengal kumpulan 3, muhamad, kalau dia tipu aku tak pasti)

berikut adalah beberapa perkara yang ingin aku “highlight” mengenai BTN aku:

AJK Tertinggi

- sungguh tidakku duga itu yang akan dan telahpun terjadi. mungkin perkara ini tidak diketahui oleh peserta-peserta BTN saya sendiri bahawa boleh dikatakan kesemua jawatan tertinggi untuk AJK adalah daripada Kolej MARA Banting. Persoalannya di sini, mengapa aku yang kene adi penghulunita atau mak penghulu?

“saya percayakan awak, sebab tu saya calonkan awak” - Asmak

oh, terima kasih Asmak!saya tidak marahkan anda.. semua ini ketetapan Allah.. =)

kira-kira 2 malam sebelum itu,

“baik kau lantik orang lain cepat-cepat kalau kau tak nak kene lantik jadi penghulunita”- fana

“err? macamla orang nak lantik aku”- aku

oh, sangatlah! kan dah kena.

tetapi taklah berat manapun tanggungjawab aku jika nak dibandingkan dengan penghulu dan timbalan penghulu.

tetapi saat yang paling aku tak suka adalah sewaktu disuruh memberi ucapan di majlis penangguhan. aku tergamam seketika. dan banyak kali kehilangan perkataan. memalukan sungguh. oh, tak mengapa. pengalaman hidup. menarik juga.

Kumpulan 3 dan Para Fasilitator

entah mengapa, aku ini berhati busuk agaknya, merasakan pada awalnya bahawa kumpulan aku agak membosankan. namun, perkara itu lumrah. kami belum saling mengenali. setelah mengenali, aku sangat bersyukur dapat mengenali ahli-ahli kumpulanku yang terdiri daripada semua tajaan iaitu KPTM,KPM, JPA- Russia, FELDA dan MARA.

amin, seong, fikri, muhamad, hariz, irfan, sharon, hema, ‘izzati, kak farina.

terima kasih kak farina atas perkongsian pengalaman akak yang sangat berharga. muhamad kau memang sengal. kau memang mencari nahas apabila mengeluarkan pernyataan berikut tatkala aku meminta pertolongan kau membasuh bekas makanan, “la, basuh pinggankan kerja orang perempuan, buatlah”. menyirap darah aku. aku membalas dendam dengan banyak kali menyuruh dia membasuh bekas makanan dan minuman. itulah dia hukuman yang setimpal. stereotaip betul pemikiran kau. tapi nasib baik kau pun agak kelakar dan sangatlah sempoi. kau ketawakan aku tidur, kau pun sama! amin pula pada awalnya sangat pendiam. tapi akhirnya bercakap dan bergurau juga. nasib baiklah ada fikri dan ‘izzati untuk menjadi penyanyi solo kumpulan kami sewaktu petandingan nyanyian lagu patriotik. lagu bertajuk bumi malaysia. sumpah aku tak pernah dengar lagu tersebut seumur hidupku hinggalah di kem tersebut. irfan, aku asyik la tergelak dengan perangai dan tingkahlaku kau. sumpah kau adalah gabungan syafiq wahab dan fitri hakim. “drama queen” sungguh! dan aku seronok bersama dia. terima kasih semua!

cikgu md noor sangatlah aku geruni sebenarnya. seorang kaunselor, beliau banyak belajar mengenai psikologi jadi aku tahu dia seorang pemerhati yang sangatlah bagus. namun informasi yang diberian beliau amatlah membuka mata. saya tidak dapat merasakan sebarang “bias” dalam pernyataan beliau. agak kagum. abang Lan pula, seorang pemuda yang agak menyeronokkan. orang muda, biasalah. pengalaman beliau memang terbaiklah! terima kasih atas perkongsian ilmu daripada kalian.

Dormmates dan tissue roller di tandas

terima kasih e ein, nady, yah, imah, asna, dan asza atas keseronokkan yang tela kita kongsi bersama. oh, tidak lupa juga pada adilah dengan kuih kornflakes madunya yang terbaik.

pengalaman kalian di BTN pasti hanya terpahat di minda dan hati sahaja, namun aku turut terpahat di bahagian atas sedikit daripada siku aku. 2 Jun, kira-kira waktu maghrib, aku masuk ke tandas untuk menjawab panggilan alam. kemudian, setelah selesai, aku bangun lalu tak semena-mena lengan kiri aku terlanggar tissue roller kosong yang terapat di dinding tandas tersebut. kemudia aku berasa pedih dan aku melihat lenganku terbelah dan menampakkan isi daging berwarna putih seolah-olah daging ayam! kemudian darah mula mengalir deras. owh nasib baik nady berada di situ. terpaksalah dibawa ke klinik dan…

tada!

tada!

3 jahitan dikenakan! pada asalnya jururawat itu tidak mahu membius lenganku akan tetapi setelah mendengar jeritan batinku pada jahitan pertama, terpaksalah dia membiusku untuk jahitan kedua dan ketiga. ya, aku dibius cinta. kemudian pak Mus pon memanggil aku “budak yang kena jahit”.

“kak long, kenapela engkau langgor tin tu kak long oi!!”- pak mus. =D

begitulah kisah BTN aku. bolehlah aku katakan sebagai menarik. walaupun Pak Mus kata semangat kerjasama kami kurang mungkin kerana kami daripada tempat-tempat yang berbeza, namun, aku seronok berkenalan dengan teman-teman baru. dan aku sangat bersyukur dengan kurniaan Allah atas keharmonian negara Malaysia yang membolehkan aku hidup aman, dan selesa, tanpa perlu takut akan dibom atau ditembak seperti di negara-negara lain. aku tak mahu lagi menjadi orang yang tidak bersyukur dengan sering mempersoalkan pelbagai perkara yang berada di luar bidang kuasa aku dan tak mahu lagi membuat andaian tentang mana-mana pihak. terima kasih ya Allah, Alhamdulillah. dan Ya Allah, aku memohon pada-Mu, kekalkanlah keharmonian negara ini dan wujudkanlah perpaduan yang jitu dalam hati-hati kami rakyat Malaysia. lindungilah kami daripada segala malapetaka. moga kami semua sentiasa berada dalam rahmat-Mu ya Allah, Tuhan sekalian alam.

“rindu ‘baby’ la..”

(statement minta penampar daripada saya kepada dormmates saya~ hehe)




Comments

  1.    1 iman k.a says:

    aku tak suke gile pak mus mula2..macam hape.. awal2 lagi aku dah kne fire gle tak psal.. h8 h8!!! aku tak smpat pki nametag lagi dah kne sound..lepas tu marah aku lagi sebab aku bukak folder tu die tak suruh.. :’(

    and ade skli tu mse kawat aku kne lagi.. bising kate name aku name laki.. :’(.. adehhhh..

    dah la abseiling aku ngn die..mule2 aku ingat dia nk tahan tali tu tanak bg aku turun.. takpun simbah air ke macam die buat kat orang lain..skli x..hehe.lega..

    nice stitches btw! at least u hv somethg to remind you of btn. i’ll pass anyways fr any souvenirs. btn, been there done that, hope i dont have to go there again ;D

    ..and gila lah roomate dua2 gipang.. hahahaha :P

    Posted June 6, 2009, 8:19 pm
  2.    2 jejaka says:

    `baby`? hmm..
    sejak bla ngko dah branak wa?

    Posted June 6, 2009, 8:22 pm
  3.    3 wafi says:

    “kesemua jawatan tertinggi untuk AJK adalah daripada Kolej MARA Banting”

    well, that’s expected, isn’t it? korang kan paling byk walaupun bkn majoriti

    dahsyatnye tissue roller tu…well, btn over now…u can start working now and start driving!

    Posted June 6, 2009, 8:48 pm
  4.    4 raje says:

    haha pak mus memang suke panggil org ‘kaklong’.

    rock gle kau pg btn dapat stitches huu

    Posted June 6, 2009, 9:02 pm
  5.    5 jejaka says:

    wawa rock..
    wawa rock..

    Posted June 6, 2009, 9:23 pm
  6.    6 manusie =) says:

    salam…

    pak mus klaka gle weh.. =))

    btn best =)

    Posted June 6, 2009, 10:36 pm
  7.    7 iman says:

    hoho.. ak sahkan priviet tuh btol maksudnye hai.. boleh tsiqah lah kt dak sengal tuh.. hehehe.. x pe2.. bkl jd jr aku tuh..die smpe aku luku die nnt.. ;)

    Posted June 6, 2009, 11:11 pm
  8.    8 aisyarazak says:

    dibius cinta pon ade yek wa.
    sile hilangkan bius anda secepat mungkin sbb bius cinta ni positive feedback mechanism. lagi bius lagi angau. ahahahahhahahahahha

    Posted June 7, 2009, 9:55 am
  9.    9 anish says:

    kak long,ko ni knape smpai bjahit2
    haha!
    bes kan pakmus?
    aku suke!
    oops!

    Posted June 18, 2009, 7:01 pm

Leave a Comment

(required)

(required)



Formatting your comment
Back to Top | Textarea: Larger | Smaller