i wish



Selimutkan rinduku, bersama malammu… =)

“mak dah nak balik ke? tggu la kejap.. =(”

“yela.. takpe.. mak blh tggu lg setengah jam.. bas tu smpai lg setengah jam..”

setengah jam berlalu..

“okaylah mak balik dulu ye..”

“okay. sayang mak. =)” sambil salam dan cium pipi mak.

“mak sayang adik” lalu memeluk dan mencium pipiku kemudian tersenyum indah..

……………………………………………….

7.15, 16 april 2009

“hello assalamualaikum. mak~ tgh buat ape tuh?”

“tgh tggu sume org pegi keje..”

dan perbualan pon berlanjutan sehinggalah..

“owh ye, malam tadi mak ade buat bacaan yasin sikit kat kelas marhaban untuk cek sempena nak exam ni. anak kawan2 mak pon sume ade jugak yang nak exam. so buat skali la.”

“owh ye? terima kasih”………

tak semena-mena air mataku mengalir..Subhanallah.. begitulah hebatnya kasih seorang ibu.. Allah sampaikan doa dan kasih ibu dalam mimpi aku pada malam tersebut. selalunya, aku akan bermimpi tentang seseorang, kalau sebelum tidur atau sepanjang hari tu ade lah perkara yang mengaitkan aku dengan org tu.. but again, for the whole day, takde pon perkara yang berkaitan dengan mak yang berlaku..

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

-Luqman (31):14-

ye mak, cek sayang mak.. cek akan cuba yang terbaik dan semampu yang boleh. tak perlu risau~

owh ye abah juga, cek akan sentiasa happy kalau itu boleh buatkan abah happy. sbb abah kate,” kalau cek happy, abah pon happy. tak kesahla ape pon. =)”

owh IB exam, i’ll be seeing you soon..  may we both shall have a good time together~ =)




Leave a Comment

(required)

(required)



Formatting your comment
Back to Top | Textarea: Larger | Smaller